Sunday, 30 June 2013

Layan lagu time hujan

Malam-malam macam ni melayan lagu motivasi. Dalam banyak-banyak lagu Mariah Carey, 3 sahaja lagu yang aku gemar nak dengar. Lagu cinta?? Sorry, hati ini tidak berapa nak ngam.hehehe.

Sebelum tu, please abaikan gambar Mariah Carey tu ya..hehehhe











Ok, setakat ni sahaja. Mata sudah mengantuk...hehehe

Akhir kata....
Peace. No War in Syria and Palestin!





Selamat malam..

Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan

   


Dulu, beberapa semester lepas, untuk minggu pertama pengajaran di dalam kelas, aku ada melaksanakan kuiz VARK (Visual, Auditory, Reading dan Kinestatic) iaitu kuiz untuk mengetahui gaya pembelajaran pelaja-pelajar aku. Kemudian, aku akan menerangkan apakah cara yang terbaik untuk mereka belajar dan memproses ilmu yang diperolehi.

U all pun boleh mencuba kuiz tersebut. Tidak salah mencuba kan? U all just search "VARK TEST". Selamat mencuba dan mengetahui gaya pembelajaran dan gaya berfikir u all.



MENGETAHUI GAYA PEMBELAJARAN TANPA MENGGUNAKAN KUIZ VARK.

Tanpa menggunakan kuiz tersebut, kita juga boleh menilai gaya pembelajaran seseorang. Seperti dalam post aku yang sebelum ini pun telah dinyatakan, tapi tidak mengapa, aku ulang lagi sekali lagi ye.


Pertama, kita boleh kesan melalui pergerakan matanya.







Kedua, melalui perkataan yang digunakannya.

Seseorang yang dominan deria penglihatan (visual) - Saya lihat, saya dapat gambarkan, cuba anda bayangkan, perkara kelihatannya, warna kain itu


Seseorang yang dominan deria pendengaran (auditori) - Saya dengar, orang tu memberitahu saya, cuba anda dengar, kedengarannya kejadian itu, suasana yang kedengaran sangat bising, bunyinya..

Seseorang yang dominan deria pergerakan/ rasa/ sentuhan (kinestatik) - Saya rasa, saya buat, kain itu sangat haluspergerakan benda itu..


MERANCANG PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG AKAN MERANGKUMI SEMUA JENIS GAYA PEMBELAJARAN.

Aku telah menguji gaya pembelajaran pelajar-pelajar aku dan memberitahu mereka cara yang terbaik untuk mereka belajar. Tetapi adakah aku sudah melaksanakan yang terbaik untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang terbaik, yang mana akan merangkumi gaya pembelajaran semua pelajar aku??

Setelah mengaudit diri, ada perkara yang boleh aku perbaiki. Yang paling utama, kita perlu merancang apakah aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas yang efektif untuk semua pelajar-pelajar aku. 


CADANGAN AKTIVITI UNTUK VISUAL

Ada banyak pilihan yang boleh kita laksanakan untuk aktiviti berbentuk visual iaitu:


1. Slaid power point
2. Gambar-gambar
3. Statistik
4. Model (membawa contoh sebenar)
5. Flip paper / Papan putih
6. Poster
7. Pembelajaran melalui pembacaan rencana/buku


CADANGAN AKTIVITI UNTUK AUDITORY

Untuk aktiviti auditory, kita boleh melaksanakan kaedah:



1. Nota berirama
2. Menyanyikan lagu di dalam kelas (pastikan semua pelajar berdiri dan berpegangan tangan sambil guru menunjukkan senikata lagu dengan pointer laser)
3. Memperdengarkan lagu yang sesuai semasa aktiviti dijalankan
4. Mengadakan perbincangan di dalam kelas (berkumpulan/ berpasangan)


CADANGAN AKTIVITI UNTUK KINESTATIK

Untuk aktiviti kinestatik, antara yang dicadangkan ialah:



1. Pelajar diarahkan bertukar tempat duduk beberapa kali di dalam kelas
2. Pelajar menghasilkan produk seperti membuat peta minda di atas kertas mahjong
3. Mengadakan aktiviti senaman ringkas
4. Menyuruh pelajar sendiri berjalan ke hadapan untuk mengambil bahan pengajaran
5. Melaksanakan permainan yang mempunyai gerakan
6. Pelajar membuat sendiri demonstrasi
7. Aktiviti drama
8. Menulis di papan hitam
9. Lawatan sambil belajar
10. Kaedah Problem Based Learning


MENGGABUNGKAN SEMUA JENIS GAYA PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.

Kita perlu memastikan bahawa setiap topik yang perlu dipelajari oleh pelajar hendaklah memenuhi ketiga-tiga jenis gaya pembelajaran di atas supaya semua deria dapat digunakan dan tidak mengabaikan pelajar yang mempunyai dominan deria yang tertentu



Bagi memudahkan perancangan, aku menggunakan jadual yang aku pelajari daripada seorang penceramah.
Sekadar contoh:


Chapter
Topic
Visual
Kinaesthetic
Auditory




Chapter 1: Introduction to Accounting
Definition of Accounting and book keeping
Picture of business
Do exercise 1 individually
Song:
Pink Panther
The important of Accounting
Picture of fail business
Activity 1:
Who is my creditor and debtor?
Song:
Pink Panther
3. History of Accounting and the father of accounting
1. Video of history
2. Video of the father of accounting
Do exercise 2 with a partner
Song : Pink Panther

Semoga cepat aku siap perancangan ini sebelum kelas bermula. U all pun cuba lah buat jadual ini. 

Selamat maju jaya!

Thursday, 20 June 2013

Great Communication using Neuro Linguistic Programming

Sepanjang cuti mid sem ni, aku dan beberapa orang rakan pensyarah ditaja menghadiri kursus Great Communiction using NLP di Hotel Putra, Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam.


Inilah Hotel Putra, bersebelahan Hospital Pusrawi dan bertentangan dengan Institut Jantung  Negara

Aku dah tahu kewujudan ilmu yang bernama NLP ni sejak 2 tahun lepas. Itu setelah aku membaca beberapa majalah. Bila dibelek siapa penulis bagi artikel yang aku suka baca, kebanyakan mereka mempunyai latar belakang NLP. Tapi pada masa itu, aku tiada akses internet yang semudah sekarang, so tidaklah aku mengetahui sangat apakah gerangan NLP ini...

So, bila dapat tahu aku dihantar ke kursus ni, memang excited sangat lah aku rasa...Alhamdullilah...Okay...so what is NLP?

APAKAH ITU NLP??

Neuro ialah perkara yang berkaitan dengan minda kita. 
Linguistic ialah bahasa/perkataan dan bukan perkataan (bahasa badan) yang kita gunakan untuk berkomunikasi.
Programming pula berkaitan dengan corak dan gaya kita mentafsir dan bertindak terhadap sesuatu.




Secara ringkasnya, mengikut kefahaman aku lah kan, NLP berkaitan dengan bagaimana kita memproses maklumat yang akhirnya menentukan bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu.




LIMA DERIA KITA AMAT PENTING!

NLP ini sangat mementingkan penggunaan kelima-lima deria kita. Setiap kita pasti ada deria yang kita akan dominan, tetapi menggunakan kelima-lima deria secara maksimum akan menjadikan kita manusia hebat dan peka.



Sekarang, jom kita tengok satu video yang sangat menarik yang mana menunjukkan ramai manusia yang tidak peka.



Hahaha..nampak tak betapa ramai yang tak sedar bahawa orang yang bertanya arah tu bertukar dengan orang lain semasa diganggu oleh poster tersebut. Itu bermakna orang tersebut tidak peka. 

Ha, tahu tak kes bagaimana orang yang dipukau di ATM Machine lalu menyerahkan sendiri semua wang yang ada??Haa...penjahat tersebut telah berjaya menggunakan kaedah NLP...NLP ini boleh digunakan ke jalan kebaikan atau kejahatan... Tepuk dada, tanyalah iman...


Penjahat yang telah menggunakan NLP ke atas mangsanya... Berhati-hati semua yer..Tingkatkan kepekaan anda dengan menggunakan kelima-lima deria anda secara maksimum dan serentak.




Cuba tengok lagi satu video. Jadilah peniaga yang peka. Kalau tak rugilah u all kalu kena tipu hidup-hidup. Pastikan u all betul-betul dapat duit, bukan kertas kosong.hehehe



MACAM MANA NAK TAHU SESEORANG ITU DOMINAN DERIA YANG MANA??

Sangatlah penting untuk kita mengetahui seseorang yang ingin kita berkomunikasi itu mempunyai dominan deria yang mana satu..Sama ada penglihatan (visual)pendengaran (auditory) atau kinestatik. Ini penting kerana ia menunjukkan bagaimana dia memproses maklumat di dalam otaknya.

Kalau kita tahu dominan ini, kita akan dapat membina rapport dengan dia dan menjadikan komunikasi itu berkesan. Masa itu, kita berjaya mempengaruhi dia kalau kita nak. Kita pun gunakanlah kaedah matching atau mirrorring yang akan diceritakan sebentar lagi.

Pertama, kita boleh kesan melalui pergerakan matanya.








Kedua, melalui perkataan yang digunakannya.

Seseorang yang dominan deria penglihatan (visual) - Saya lihat, saya dapat gambarkan, cuba anda bayangkan, perkara kelihatannya, warna kain itu

Seseorang yang dominan deria pendengaran (auditori) - Saya dengar, orang tu memberitahu saya, cuba anda dengar, kedengarannya kejadian itu, suasana yang kedengaran sangat bising, bunyinya..

Seseorang yang dominan deria pergerakan/ rasa/ sentuhan (kinestatik) - Saya rasa, saya buat, kain itu sangat haluspergerakan benda itu..




STEP PERTAMA DALAM NLP ADALAH RAPPORT.

Dalam kursus tersebut, aku telah mempelajari bahawa sebelum teknik NLP dapat digunakan dengan berkesan, kita mestilah mempunyai rapport (hubungan baik dan mengurangkan jurang) dengan individu yang ingin kita berkomunikasi. Rapport ini tidak semestinya kita mempunyai isu/content perbincangan yang sama, tetapi juga boleh dibina dari segi gerak geri dan juga pernafasan. Ia boleh dilakukan melalui kaedah mirrorring dan matching. 

Rapport yang dibina melalui kaedah mirrorring. Kalau macam ni, barulah seronok nak bersembang..hehehe

Ini pula rapport yang dibina melalui kaedah matching. Cuba bezakan antara kaedah matching dan mirrorring. Nampak tak perbezaannnya??

Yang ini memang tiada rapport. Pernah berada dalam situasi ini??

Semasa kita nak menggunakan kaedah matching atau mirrorring ni, kita kena bersahaja tau. Jangan sampai orang tu nampak kita sedang matching atau mirrorring dia pula. Hehehe...


BAGAIMANA NAK MEMPENGARUHI SESEORANG DENGAN CEPAT??

Erm..kalau nak ceritakan semua input yang aku dapat selama 3 hari 2 malam tu memang banyak. Tak pe, aku sambung sikit lagi iaitu tentang bagaimana kita nak 'pukau' orang supaya buat seperti yang kita nak. Ooppss...jangan salah guna ye.hehhehe..

Mudah sahaja. Hilangkan tumpuannya
Cakap benda lain, tapi bila nampak tak sedar, terus kita masukkan input/arahan yang kita nak. Cuba ulang tayang video kedua yang u all dah tengok tadi. Cuba renungkan dan fikirkan bagaimana ia dipraktikkan.

Cara yang lain ialah gunakan perkataan yang positif. Contohnya: 

"You want to do this" bukan "I want you to do this"
"Kamu hendak lakukan perkara ini, betul?" bukan "Kamu hendak lakukan perkara ini, bukan?"
"Kamu suka datang awal ke kelas" bukan "Kamu jangan lewat ke kelas"


Okaylah setakat sahaja perkongsian kali ini. Semoga ada manfaat untuk u all semua. 

Adioss! Asta La Vista!

Wednesday, 19 June 2013

My Vision Movie

Aku pernah pergi satu kursus yang sangat best sebab aku ni Setiausaha Unit Softskills di kolej aku. So, aku telah dihantar untuk mempertingkatkan softskills aku supaya dapat diterapkan kepada pelajar aku. 




Kursus ini berkaitan tentang pemikiran kita iaitu bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita menguruskan pemikiran kita untuk berjaya dan bahagia. 


KESIMPULAN yang boleh aku buat untuk dikongsikan di sini ialah:


  • Kitalah yang menentukan siapa diri kita, bukan orang lain.
  • Kita mempunyai minda bawah sedar (unconscious mind) yang sangat berpotensi dan kita boleh programkannya. Bila kita install program yang positif, minda bawah sedar dan diri kita akan menjadi positif. Kata ahli psikologi, sifat luaran kita menggambarkan sifat dalaman kita. Sifat dalaman kita itu bermakna minda bawah sedar kita lah.


  • Kita mesti TULIS apa yang ingin kita ingin install dan capai dalam hidup kita supaya minda bawah sedar mudah save. Lagi bagus kalau kita dapat masukkan unsur-unsur emosi iaitu kata-  kata yang affirm, gambar dan juga muzik supaya ia lebih berkesan. Pastikan ia merangkumi semua perkara dalam hidup kita. Dari segi rohani, jasmani, spritual, kewangan, sosial, dan kerjaya

CARA NAK INSTALL IMPIAN KITA DI DALAM MINDA BAWAH SEDAR KITA.

Terdapat dua cara untuk kita install impian kita yang dicadangkan kepada kita. 

Pertama, menggunakan vision board iaitu buat satu papan yang mempunyai kata-kata impian kita dan gambarnya.Contoh vision board ialah:



Kedua ialah menggunakan vision movie iaitu cipta satu movie berkaitan dengan impian kita. Bagusnya menggunakan vision movies ini ialah kita boleh masukkan lagu motivasi. So, ada elemen emosi yang diselitkan.

MACAM MANA NAK BUAT VISION MOVIE??

1. Senaraikan  impian utk kesemua segi kehidupan

2. Tulis ayat yang dirasakan akan menusuk jiwa u all sendiri. 
    Gunakan ayat yang menunjukkan anda TELAH mencapai 
    impian yang telah disenaraikan
3. Cari gambar yang sesuai dan jelas
4. Cari lagu yang dapat menaikkan semangat, and then
5. Start create vision movie u all 

Gunakan power point sahaja tetapi save sebagai movie. Mudah sahaja,betul?

Berpegang kepada kata-kata, ilmu yang diperolehi tidak akan membawa sebarang manfaat kalau tak diamalkan, maka aku telah membuat "vision movie" aku sendiri sebaik sahaja tamat kursus. Lama juga aku nak siapkan sebab nak pastikan betul-betul apa impian aku. 

Yang kat bawah ini ialah vision movie aku. Tapi....minta maaf ye sebab video ini tak begitu jelas. Aku pun tak tahu kenapa. Bila dah masukkan dalam u-tube jadi lain sikit. Dalam komputer elok ja. Anyway, tujuan video ini adalah untuk memberi gambaran macam mana rupa vision movie untuk u all buat untuk u all sendiri pula.





Sebelum terlupa, bila dah siap vision board atau vision movie, u all haruslah melihatnya setiap hari paling kurang dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Selamat mencuba. :)

Followers