Thursday, 20 June 2013

Great Communication using Neuro Linguistic Programming

Sepanjang cuti mid sem ni, aku dan beberapa orang rakan pensyarah ditaja menghadiri kursus Great Communiction using NLP di Hotel Putra, Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam.


Inilah Hotel Putra, bersebelahan Hospital Pusrawi dan bertentangan dengan Institut Jantung  Negara

Aku dah tahu kewujudan ilmu yang bernama NLP ni sejak 2 tahun lepas. Itu setelah aku membaca beberapa majalah. Bila dibelek siapa penulis bagi artikel yang aku suka baca, kebanyakan mereka mempunyai latar belakang NLP. Tapi pada masa itu, aku tiada akses internet yang semudah sekarang, so tidaklah aku mengetahui sangat apakah gerangan NLP ini...

So, bila dapat tahu aku dihantar ke kursus ni, memang excited sangat lah aku rasa...Alhamdullilah...Okay...so what is NLP?

APAKAH ITU NLP??

Neuro ialah perkara yang berkaitan dengan minda kita. 
Linguistic ialah bahasa/perkataan dan bukan perkataan (bahasa badan) yang kita gunakan untuk berkomunikasi.
Programming pula berkaitan dengan corak dan gaya kita mentafsir dan bertindak terhadap sesuatu.




Secara ringkasnya, mengikut kefahaman aku lah kan, NLP berkaitan dengan bagaimana kita memproses maklumat yang akhirnya menentukan bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu.




LIMA DERIA KITA AMAT PENTING!

NLP ini sangat mementingkan penggunaan kelima-lima deria kita. Setiap kita pasti ada deria yang kita akan dominan, tetapi menggunakan kelima-lima deria secara maksimum akan menjadikan kita manusia hebat dan peka.



Sekarang, jom kita tengok satu video yang sangat menarik yang mana menunjukkan ramai manusia yang tidak peka.



Hahaha..nampak tak betapa ramai yang tak sedar bahawa orang yang bertanya arah tu bertukar dengan orang lain semasa diganggu oleh poster tersebut. Itu bermakna orang tersebut tidak peka. 

Ha, tahu tak kes bagaimana orang yang dipukau di ATM Machine lalu menyerahkan sendiri semua wang yang ada??Haa...penjahat tersebut telah berjaya menggunakan kaedah NLP...NLP ini boleh digunakan ke jalan kebaikan atau kejahatan... Tepuk dada, tanyalah iman...


Penjahat yang telah menggunakan NLP ke atas mangsanya... Berhati-hati semua yer..Tingkatkan kepekaan anda dengan menggunakan kelima-lima deria anda secara maksimum dan serentak.




Cuba tengok lagi satu video. Jadilah peniaga yang peka. Kalau tak rugilah u all kalu kena tipu hidup-hidup. Pastikan u all betul-betul dapat duit, bukan kertas kosong.hehehe



MACAM MANA NAK TAHU SESEORANG ITU DOMINAN DERIA YANG MANA??

Sangatlah penting untuk kita mengetahui seseorang yang ingin kita berkomunikasi itu mempunyai dominan deria yang mana satu..Sama ada penglihatan (visual)pendengaran (auditory) atau kinestatik. Ini penting kerana ia menunjukkan bagaimana dia memproses maklumat di dalam otaknya.

Kalau kita tahu dominan ini, kita akan dapat membina rapport dengan dia dan menjadikan komunikasi itu berkesan. Masa itu, kita berjaya mempengaruhi dia kalau kita nak. Kita pun gunakanlah kaedah matching atau mirrorring yang akan diceritakan sebentar lagi.

Pertama, kita boleh kesan melalui pergerakan matanya.








Kedua, melalui perkataan yang digunakannya.

Seseorang yang dominan deria penglihatan (visual) - Saya lihat, saya dapat gambarkan, cuba anda bayangkan, perkara kelihatannya, warna kain itu

Seseorang yang dominan deria pendengaran (auditori) - Saya dengar, orang tu memberitahu saya, cuba anda dengar, kedengarannya kejadian itu, suasana yang kedengaran sangat bising, bunyinya..

Seseorang yang dominan deria pergerakan/ rasa/ sentuhan (kinestatik) - Saya rasa, saya buat, kain itu sangat haluspergerakan benda itu..




STEP PERTAMA DALAM NLP ADALAH RAPPORT.

Dalam kursus tersebut, aku telah mempelajari bahawa sebelum teknik NLP dapat digunakan dengan berkesan, kita mestilah mempunyai rapport (hubungan baik dan mengurangkan jurang) dengan individu yang ingin kita berkomunikasi. Rapport ini tidak semestinya kita mempunyai isu/content perbincangan yang sama, tetapi juga boleh dibina dari segi gerak geri dan juga pernafasan. Ia boleh dilakukan melalui kaedah mirrorring dan matching. 

Rapport yang dibina melalui kaedah mirrorring. Kalau macam ni, barulah seronok nak bersembang..hehehe

Ini pula rapport yang dibina melalui kaedah matching. Cuba bezakan antara kaedah matching dan mirrorring. Nampak tak perbezaannnya??

Yang ini memang tiada rapport. Pernah berada dalam situasi ini??

Semasa kita nak menggunakan kaedah matching atau mirrorring ni, kita kena bersahaja tau. Jangan sampai orang tu nampak kita sedang matching atau mirrorring dia pula. Hehehe...


BAGAIMANA NAK MEMPENGARUHI SESEORANG DENGAN CEPAT??

Erm..kalau nak ceritakan semua input yang aku dapat selama 3 hari 2 malam tu memang banyak. Tak pe, aku sambung sikit lagi iaitu tentang bagaimana kita nak 'pukau' orang supaya buat seperti yang kita nak. Ooppss...jangan salah guna ye.hehhehe..

Mudah sahaja. Hilangkan tumpuannya
Cakap benda lain, tapi bila nampak tak sedar, terus kita masukkan input/arahan yang kita nak. Cuba ulang tayang video kedua yang u all dah tengok tadi. Cuba renungkan dan fikirkan bagaimana ia dipraktikkan.

Cara yang lain ialah gunakan perkataan yang positif. Contohnya: 

"You want to do this" bukan "I want you to do this"
"Kamu hendak lakukan perkara ini, betul?" bukan "Kamu hendak lakukan perkara ini, bukan?"
"Kamu suka datang awal ke kelas" bukan "Kamu jangan lewat ke kelas"


Okaylah setakat sahaja perkongsian kali ini. Semoga ada manfaat untuk u all semua. 

Adioss! Asta La Vista!

0 comments:

Post a Comment

Followers