Thursday, 18 July 2013

Pengkhususan mengikut skop kerja vs mengikut bulan.

Semalam aku ada mesyuarat Unit Buletin Kolej. Dalam unit ni, aku ni sebagai ahli jawatan kuasa biasa sahaja, namun disebabkan Setiausahanya, Madam Hanis tak dapat datang, maka aku menjadi pengganti menjadi pencatatnya.. (^_^)


Apa yang menariknya tentang mesyuarat ini ialah tentang pengkhususan kerja. Dulu aku rasa melaksanakan tugas ajk unit ini memang memenatkan, menyerabutkan kepala aku dan yang paling penting ialah ia banyak mengambil masa untuk dilaksanakan. Bukan tiada pengkhususan kerja di kalangan kami, tapi perjalanannya kurang lancar. Al-maklumlah kami ini tenaga pengajar, memang sangat sibuk. 



Pengkhususan kerja yang dicadangkan kali ini memang berlainan dengan cara yang sebelum ini. Penasihat Unit yang baru, Dr. Mumtaz Begum memang mudah, berkesan dan menggembirakan hati kami semua iaitu pengkhususan mengikut bulan, bukan lagi mengikut skop kerja. Jika dahulu, kami perlu alert dengan aktiviti kolej sepanjang masa. Dengan erti kata yang lain ialah bekerja sepanjang semester. Kini kami hanya perlu bekerja selama sebulan sahaja. Kenapalah aku tidak terfikir cara ini sejak 2010?? Inilah yang dikatakan sebagai pengalaman senior sangat penting. 

Yang paling seronok sekali, kami tak perlu memantau hasil rekaan pelajar lagi kerana kolej akan mengupah pakar untuk melaksanakannya. Sebut harga yang kami perolehi untuk merekabentuk majalah ialah RM25 untuk satu mukasurat. Akau rasa ia agak berpatutan. Kali ini, konsep persembahan buletin pula adalah formal. Alhamdullilah..Kalau dulu, konsepnya ialah santai. Memang sangat memeningkan kerana konsep santai antara seseorang adalah berlainan dengan seseorang yang lain. Banyak kali kena reject. Asyik berulang kali membuat pembetulan. 


Dengan pengkhususan kerja yang baru ini, konsep yang lebih mudah difahami oleh semua orang dan mengupah pakar untuk rekabentuknya akan memudahkan kerja dan menjimatkan masa aku dan kawan-kawan aku. Ini kerana kami mempunyai agenda yang lebih besar iaitu melahirkan insan yang berkualiti dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga dipermudahkan ya. 

Terima kasih jua kepada penasihat baru Unit Buletin yang telah memberi idea pengkhususan yang amat-amat bernas ini. 

Tuesday, 16 July 2013

Mengaktifkan otak kanan dan kiri secara serentak tanpa bermainan piano.


Seorang sahabat saya , Kak Masfufah menghantar anaknya mempelajari piano untuk meningkatkan kecerdasan minda anaknya. Aku tertanya-tanya bagaimana bermain piano dapat berbuat demikian. 

Rupa-rupanya semasa bermainan piano, otak kanan dan kiri akan digunakan secara serentak. Ini kerana mata dan tangan akan dikoordinasikan serentak iaitu membaca not dan menekan piano. Not yang perlu ditekan pada piano antara jari kanan dan jari kiri pula berbeza. Emm..macam mana nak buat tu?heheheh




Menurut kajian dua pakar psikologi, Dr. Frances Ruascher dan Dr. Gordon Shawl mengatakan individu yang bermainan piano mempunyai kecerdasan fizikal lebih banyak daripada orang lain sebanyak 34%. Wow! Hebat!



TAPI BAGAIMANA BAGI KELUARGA YANG TAK MAMPU MENGHANTAR ANAK BERMAINAN PIANO? ADAKAH TERDAPAT CARA LAIN UNTUK MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK-ANAK?


Aku terfikir-fikir adakah wujud cara lain yang dapat membantu kita menggunakan otak kanan dan kiri secara serentak tanpa kita perlu bermain piano? Tak semua orang mampu kan? Jom baca!




1) Kaedah senaman lompat bintang




2) Ketuk Ketampi (tapi dengan cara yang  betul)





a. Sentuh lidah pada langit
b. Tangan kiri di sebelah kanan dan tangak kiri di sebelah luar
c. Ibu jari tangan di atas cuping dan jari telunjuk di belakang cuping telinga
d. Tarik nafas ketika turun dan hembus ketika naik

4) Pura-pura menulis angka "8" atau tanda soal "?" di udara dengan tangan kanan dan kiri secara serentak.


3) Terbalikkan tulisan terbalik atas bawah, kemudian baca dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.


4) Kaedah jari menari



Step yang pertama, untuk tangan kiri  sentuhkan ibu jari dengan jari telunjuk manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari dengan jari kelingking. Kedua-dua tangan dan jari mesti bergerak serentak!



Step yang kedua pula, sentuhkan ibu jari dengan jari tengah untuk tangan kiri dan untuk tangan kanan sentuhkan ibu jari dengan jari manis.




Step yang ketiga pula, sentuhkan ibu jari ke jari manis untuk tangan kiri manakala ibu jari untuk tangan kanan sentuhkan ke jari tengah.




Step yang keempat pula, sentuhkan ibu jari ke jari kelingking untuk tangan kiri manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari ke jari telunjuk.



Step yang kelima pula, buat secara mengundur plak. Kalau tadi dari 1,2,3,4 tapi kali ni buat dari 4,3,2,1 pula.

Selamat mencuba!


Saturday, 13 July 2013

Merangka semula pemikiran

Reframing ialah cara untuk merangka semula pemikiran agar kita dapat melihat sesuatu perkara itu daripada sudut kaca mata yang berlainan yang lebih positif.


Setahu aku, kaedah ini digunakan untuk membantu mangsa yang mengalami trauma. Tak kisahlah apa jenis trauma yang dihadapi. Trauma kemalangan jalan raya ka, trauma penderaan  ka, trauma gangguan seksual ka, trauma ketingggian ka, trauma kepada kegelapan ka, trauma kepada lipas ka dan macam-macam jenis trauma lagi.

So, apakah yang dapat kita manfaatkan daripada kaedah Reframing ini?? Kita boleh ubah pemikiran kita terhadap perkara yang ingin kita ubah terutama perkara yang telah menjadi tabiat diri kita.

Langkah perlaksanaannya ada ENAM semuanya tapi aku belum faham kesemuanya sebab ia ada berkaitan dengan kita berkomunikasi dengan diri sendiri iaitu minda bawah sedar kita. Cuma sedikit ringkasan yang boleh aku tulis ialah ialah kita tentukan apakah perkara yang ingin diubah dan kita ubah mindset kita ke arah yang positif.


Apa yang ingin kita ubah?

1. Daripada pasif ke aktif.
Contoh: Aku tak yakin dapat melakukannya.
Reframing: Apakah perkara kecil yang dapat aku lakukan?

2. Daripada perasaan negatif kepada positif.
Contoh: Aku tak nak buat benda tu sekarang sebab ia akan membuat aku sedih.
Reframing: Apakah perkara yang kalau aku buat sekarang akan membuat aku gembira?

3. Daripada masa silam kepada masa akan datang
Contoh: Sejak dulu aku tidak pandai bercakap di hadapan orang lain
Reframing: Kalau aku bayangkan diri aku pandai bercakap di hadapan orang lain, bagaimanakah akan aku lakukan?

4. Daripada masa depan ke masa silam
Contoh: Aku tak yakin aku akan mencapainya
Reframing: Ada tak perkara yang pernah aku lakukan dulu yang berjaya? Bolehkan aku menggunakan kaedah yang sama untuk mencapai kejayaan bagi perkara ini?

5. Daripada orang lain kepada seseorang individu
Contoh: Aku rasa orang lain tak suka aku
Reframing: Apakah perkara yang aku suka terhadap diri aku?

6. Daripada liabiliti kepada aset
Contoh: Aku ni sangat mementingkan kesempuranaan la...huhuhu
Reframing: Ada tak kesempurnaan itu membantu aku dalam kerja aku?

7. Daripada kemangsaan kepada pengkayaan kendiri
Contoh: Kejadian malang sentiasa menimpa aku.
Reframing: Kadang-kadang aku yang membuat diri aku menjadi malang. Adakah aku telah melakukan sesuatu yang membuatkan ia terjadi kepada aku?



Jom kita ubah sekarang!

Followers